Make your own free website on Tripod.com
Laporan Industri - Ahmad Shukri bin Samsuddin
Objektif Latihan Industri

HOME

Sekapur Sireh...
Abstrak
Objektif Latihan Industri
Page Four Title
Page Six Title
Page Seven Title
New Page Title

Pegawai Kadet Siswa akan melaksanakan latihan industri (LI) bagi mendedahkan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan kursus yang diikuti di Akademi Tentera Malaysia. Setiap SISKA diwajibkan menjalani dan lulus latihan industri bagi membolehkan mereka dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan masing-masing.

Latihan Industri pada tahun 2004 ini bagi jurusan kejuruteraan akan dilaksanakan dari 22 Mac 2004 sehingga 29 Mei 2004. Ia dilaksanakan di jabatan-jabatan kerajaan atau swasta seperti yang telah ditetapkan.

Latihan ini adalah bertujuan untuk membolehkan SISKA mendapat kemahiran asas dan pengalaman dalam amalan professional selaras dengan hasrat melahirkan ahli teknologi dan pegawai tentera yang cekap dan bertanggungjawab dalam bidang yang diceburi. Ia juga bagi membolehkan SISKA memperolehi pengalaman dengan mendapatkan kemahiran asas professional dalam aspek dunia pekerjaan di organisasi/industri.

Selain daripada itu, latihan ini juga adalah bagi mendedahkan SISKA kepada amalan kejuruteraan dan kerja-kerja sebenar dalam bidang pengkhususan yang diikuti. Latihan ini dapat mendedahkan juga SISKA dengan alatan yang sebenar yang digunakan dalam sesuatu organisasi sekaligus membolehkan SISKA mengenalpasti masalah-masalah praktikal yang wujud dan cara-cara mengatasinya.

Antara objektif lain yang boleh mendatangkan faedah kepada SISKA dan organisasi ialah dimana SISKA dapat membina dan meningkatkan daya kreativiti serta menyumbangkan buah fikiran yang bermutu kepada organisasi atau industri di mana mereka menjalani latihan tersebut.

Latihan Industri ini bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada SISKA yang menjalani latihan, tetapi ia juga turut memberi kesan yang baik kepada organisasi yang terlibat dan juga kepada pihak unuversiti.

Kebaikan yang diperolehi oleh SISKA ialah mereka bepeluang untuk menghubungkan teori dan amali, mengenali kerja-kerja kejuruteraan yang sebenar, berlatih sambil bekerja dan mengetahui keperluan-keperluan industri.

Kebaikan yang diperolehi oleh organisasi pula dapat dilihat dari pelbagi aspek. Organisasi dapat bekerjasama dengan universiti/pihak pentadbir dalam bidang penyelidikan dan pembangunan selain berpeluang untuk bertukar pendapat dengan universiti/pihak pentadbir berkaitan masalah industri. Ini sekaligus dapat menyumbang kepada pembangunan industri Malaysia sesuai dengan matlamat negara.

Bagi universiti/pihak pentadbir pula, latihan ini juga membolehkan mereka mengenalpasti dan menilai keperluan-keperluan semasa dalam industri tempatan serta bekerjasama di dalam membantu industri-industri dalam kerja-kerja penyelidikan.

Enter first column content here

Enter second column content here

Enter supporting content here